Saturday, November 27, 2010

Rizu sharifuddin profile


RIZU, 21tahun dikenali sebagai Wonder Boy didalam One In A Miilion 2009 dan juga merupakan finalist Worldstar championship(WCOPA) 2010.Beliau telah membuat kejutan dari persembahan singkatnya dimalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 13 pada tahun 2006. Dengan single pertamanya 'Permata Kasih' yang dipetik dari album kompilasi broadway now 06. "….Rizu mempunyai suara yang besar…" jelas Host AIM ke 13, Afdlin Shauki terhadap keunikkan dan kekuatan suara Rizu. Dimalam gilang gemilang tersebut,Rizu telah diktiraf dan dianugerahkan sebagai ARTIS HARAPAN TERBAIK AIM KE 13,2006

Setelah memenangi anugerah tersebut, Rizu telah dipilih sebagai wakil dari Malaysia ke "Shanghai Music Festival" pada masa dishanghai juga Rizu telah mendapat dan memenangi kategori 'THE BEST NEW EXCELENT ARTIST'

Walaupun berbadan kecil, Rizu berbakat dan boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu antaranya, pop,RNB,evergreen song,slow rock dan tidak lupa juga tradisional. Mengenai tradisional, sebelum menjadi artis Rizu telah memenagi banyak pertandingan lagu lagu melayu asli. Dia juga telah mendapat johan dalam pertandingan asli remaja peringkat kebangsaan di Kelantan.

Dengan kebolehan menyanyi pelbagai jenis lagu,Rizu Boleh diundang untuk majlis makan malam (dinner show), majlis makan tengah hari hari, tradisional show dan lain-lain lagi.

RIZU akan tampil dengan album pertamanya tak lama lagi, terdapat banyak agu lagu yang sedap didengar diantaranya lagu yang sudah keudara ialah 'permata kasih' ciptaan adnan abu hassan, 'teristimewa' ciptaan Johan nawawi dan 'Ratnaku' lagu nanyian semula oleh ridzuan dari penyanyi asalnya Roy.

Rakaman Album:

-"Bila Berjauhan" merupakan lagu duet RIZU bersama Khadeeja yang terdapat didalam album kompilasi 'Best Of Broadway-julai 2004.

- lagu "Permata Kasih" dan "Teristimewa" sudah berkumandang di semua stesen-stesen radio. Lagu-lagu ini dipetik dari album kompilasi Broadway Now 06.

-Kini RIZU tampil dengan single coverversion Ratnaku dengan gaya yang tersendiri.

-


“TENTANG RIZU”


Mula menyanyi pada umur 7 tahun.Dan pada umur 9 tahun pula mula memasuki Pertandingan Karaoke di Ipoh Green Mall dan berjaya ke peringkat separuh akhir dengan membawa lagu ‘Dunia Kita Berbeza' nyanyian Rozita Izlin.

11 tahun

*Peringkat akhir Bintang Kecil RTM 2001 di Sarawak mewakili daerah Semenanjung.

12 tahun

*Johan Pertandingan Bintang Asli Remaja peringkat negeri Perak.

13 tahun

*Peringkat akhir Pertandingan Evergreen Everlasting peringkat Remaja (RTM) 2003.

*Tempat pertama Pertandingan Karaoke Muhibah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam pada 10 Ogos 2003.

*Peringkat akhir Anugerah Suara Emas Malam Merdeka 2003 anjuran Restoran Selat Klang dan Muzik Kaki Tiga Teratai Selatan Entertainment.

*Peringkat akhir Juara Karaoke Bintang Belia 2003 (Irama Malaysia) sempena Hari Belia Negeri Selangor.

*Peringkat akhir Karaoke Terbuka Klang anjuran Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga , Parlimen Klang.

*Peringkat akhir Juara Karaoke Bintang Belia 2003 (Irama Malaysia) sempena Hari Belia Negeri Selangor.

*Artis undangan Hari Perayaan Keputeraan DYMM Sultan Selangor atas anjuran Kementerian Pendidikan Selangor pada 18 Mac 2003

*Artis undangan Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia (VVIP) – DYMM Di Pertuan Agong dan Permaisuri pada 22 dan 23 sept 2003

14 tahun

*Johan Pertandingan Evergreen Everlasting peringkat Remaja (RTM) 2004.

*Johan Pertandinagan Bintang Asli Kebangsaan peringkat Sekolah –Sekolah 2004 di Kelantan.

*Tempat kedua Pertandingan Dikir Barat Kesenian Jauhi Dadah Peringkat Daerah Klang.

15 tahun

*dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Bintang Asli Peringkat Kebangsaan 2004 di Kelantan.

16 tahun

*menerima Anugerah Artis Harapan Terbaik dari Akademi Industri Muzik Malaysia ke 13 – 2006

21tahun

*Finalist One in A Mlilion (OIAM) Season3

*Finalist Worldstar Championship (WCOPA) 2010

Persembahan Khusus

1.Artis undangan Hari Perayaan Keputeraan DYMM Sultan Selangor atas anjuran Kementerian Pendidikan Selangor pada 18 Mac 2003.

2.Artis undangan Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia (WIP) - DYMM Di-Pertuan Agong dan Permaisuri pada 22 dan 23 Sept 2003.

The Recording Album

*‘Bila Berjauhan’ merupakan lagu duet Ridz bersama Khadeeja yang terdapat di dalam album kompilasi Best Of Broadway -Julai 2004.

*Beliau akan muncul dengan album pertamanya tidak lama lagi.

*Lagu “Permata Kasih” merupakan single pertama beliau dan sudah mula berkumandang di semua stesen-stesen radio.

*Beliau juga bakal menggegarkan industri muzik tanahair dengan bakat yang dimilikinya.

TVC Job

*Hari Air Sedunia 2010 With Natasha Hudson.


Segala pertanyaan/ undangan..

sila hubungi: 0122867838 (izman)P.A

TQ.

Sunday, September 26, 2010

Single Terbaru Rizu OIAM3 "Satu Hari Lagi"




Lirik Satu Hari Lagi by Rizu

SATU HARI LAGI

Oh cinta

Bisa melukiskan senyuman yang terindah

Dan juga cinta

Membuat hidupku berubah

Bergelora rindukan sentuhan yang menyakinkan

Tentang sejuta bungaan perasaan

Tidurlah

Lena dalam pelukan mesra hilangkan resah

Dan mimpikan

Kita terbang mencuit bulan

Gapai bintang..kalungkan menjadi satu ikatan

Dua hati berpautan dan rela

Namamu pasti kan ku seru

Bilaku jatuh dalam rindu

Tanpa kau mencurahkan rasa

Kau milikku jua

Tak mampu untuk ku menanti

Bertemu satu hari lagi

Terseksa menanti saatnya

Kan tiba..

Saturday, August 28, 2010

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMINAT/KAWAN2 RIZU..

Asalamualaikum kawan2.. maaf sebab dah lama tak update blog... Selamat berpuasa rizu ucapkan kepada semua.... Anyway, tak sabar nk ceritakan pekembangan terbaru rizu yg ni.. dimana Single terbaru rizu yg berjudul "Satu Hari Lagi" Akan mula bekumandang di Radio lepas raya insyaallah... harap kawan suka ngan lagu baru ni ye... hehehee.. nak dengar promo lagu satu hari lagi?? pergi ke fb Rizu ye.. "Rizu sharifuddin" dan second account "Rizu oiam" tq

Saturday, April 24, 2010

Rizu masih ligat (Utusan Malaysia Online)


ASSALAMUALAIKUM, terima kasih kerana sudi menjawab beberapa soalan saya.

1.Ke manakah Rizu menghilang selepas habis OIAM?

2.Bilakah album terbaru Rizu akan muncul di pasaran?

3.Apakah perkembangan terkini yang dilakukan Rizu sekarang?

Shamzy,

Kluang, Johor.

RIZU

1. Terima kasih kerana masih lagi menyokong Rizu. Sebenarnya, Rizu masih lagi aktif selepas OIAM. Mungkin tidak selalu muncul di kaca tv atau di corong radio tapi Rizu banyak menerima tawaran untuk persembahan makan malam dan persembahan luar saja. Tidak menghilang sepenuhnya dan Rizu sering muncul di media cetak.

2. Mengenai album, Rizu belum ada perancangan. Memang dulu selepas menerima anugerah AIM13, terlintas untuk menerbitkan album dan perancangan telah dibuat tetapi cuma tidak berkesempatan untuk dipasarkan disebab kan masalah yang tak dapat dielakkan.

3. Rizu sekarang bekerja untuk dua projek yang berasingan iaitu solo dan berkumpulan dengan IV FLAVA yang muncul daripada pertandingan Gangstarz TV3. Kami juga sudah menyiapkan 1 lagu baru dan menunggu masa untuk dipasarkan. Tak sabar-sabar nak bagi peminat dan kawan-kawan Rizu dengar disetiap corong radio. Sekarang ini pun dalam perancangan nak buat lagu solo.

Cari teman

yang memahami

Hai Rizu, saya amat meminati anda sejak mula terlibat dalam rancangan realiti OIAM lagi. Saya ingin bertanyakan sedikit soalan, harap Rizu dapat menjawabnya.

1. Bagaimanakah ciri-ciri wanita pilihan Rizu?

2. Apakah yang akan Rizu lakukan sekiranya tidak bergelar artis?

3. Bila lagi nak terlibat dalam bidang lakonan? Tak salah kalau nak cuba bidang lain bukan?

Azira,

Kajang, Selangor.

RIZU

1. Rizu suka pada perempuan yang umurnya sebaya atau muda daripada Rizu. Yang penting sekali mestilah memahami karier Rizu sepenuhnya.

2. Kalau tak jadi artis mungkin akan sambung belajar muzik. Sekarang tak boleh sambung sebab jadual tak menentu. Takut nanti banyak yang tergendala.

3. Berlakon? Tentu sekali sebab Rizu bagi tahu yang Rizu baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan ni. Alhamdulillah ada juga yang berminat untuk mengambil Rizu untuk berlakon. Memang tak salah kalau sebagai penyanyi nak jadi pelakon. Bagi Rizu kita perlu ada bakat dan gunakan sepenuhnya bakat yang ada pada diri selain menyanyi.

Nak jadi macam Sudirman

Hai, saya adalah salah seorang peminat Rizu. Saya harap Rizu boleh jawab soalan saya ini

1. Apa jadi kepada Rizu selepas habis OIAM? Tak dengar banyak cerita pun.

2. Kenapa Rizu tidak popular sedangkan Rizu keluar daripada sebuah rancangan tv yang popular?

3. Menjadi anak seni merupakan satu perjuangan yang besar. Apa yang Rizu mahukan dalam bidang seni?

Annaz,

Seri Iskandar, Perak.

RIZU

1. Selepas OIAM sebenarnya Rizu tak hilang macam tu saja. Rizu terus sibuk dengan persembahan tapi di belakang kamera yang orang tak tahu dan masih berpeluang menerima jemputan untuk majlis makan malam. Sampai sekarang Rizu masih lagi menyanyi.

2. Tentang populariti mungkin bukan rezeki Rizu untuk menjadi popular. Itu terserah pada takdir tetap. Alhamdulillah sampai sekarang ada juga yang masih ingatkan Rizu dan adakalanya ramai di antara mereka menegur Rizu sewaktu Rizu berada di pusat membeli belah mahupun di mana sahaja, ucapan terima kasih teramat sangat kepada yang masih mengingati Rizu ye?

3. Rizu ingin menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi sebenarnya. Rizu mahu mencapai kejayaan seperti allahyarham Sudirman. Insya-Allah sama-sama doakan Rizu ok?

Syukur masih bertahan

Assalamualaikum, saya merupakan peminat Rizu diharap menjawab semua soalan saya.

1. Apakah cita-cita Rizu pada zaman persekolahan?

2. Rizu berasal dari mana dan bagaimana boleh terlibat menjadi penyanyi?

3. Sukar atau tidak menjadi anak seni?

Mas Ayu,

Johor Bahru.

RIZU

1. Semenjak sekolah lagi cita-cita Rizu memang nak jadi seorang penyanyi. Alhamdulillah tercapai juga akhirnya apabila Rizu berumur 16 tahun berpeluang untuk memenangi kategori Artis Harapan Terbaik dalam AIM13 tahun 2006. Pelajaran masa itu agak banyak yang ketinggalan tapi berpeluang dan berjaya untuk menamatkan zaman persekolahan dengan cemerlang. Rizu sangat berpuas hati dengan kejayaan sehingga sekarang.

2. Rizu dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dan membesar di Perak. Usia 13 tahun Rizu sekeluarga berpindah ke Klang, Selangor sehingga sekarang.

3. Sepanjang Rizu menjadi anak seni sebenarnya memang tak diduga. Penuh dugaan juga cabaran yang terpaksa Rizu tempuhi. Tapi kena banyak bersabar dan Rizu bersyukur masih diberi kekuatan untuk bertahan.

Mahu popular seluruh negara

Hai, apa khabar? Saya harap anda sihat dan sentiasa dilimpahi rezeki yang tak putus-putus. Saya ada beberapa soalan dan harap Rizu sedia menjawabnya.

1. Bagaimana Rizu melihat perkembangan dunia seni tanah air?

2. Siapa yang menjadi idola anda dan mengapa?

3. Apa matlamat Rizu selepas ini?

Deena,

Kuala Lumpur.

RIZU

1. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan saya. Jika diimbau dunia seni masa kini rancangan realiti tv semakin hebat diperkatakan dan semakin menjadi kesukaan ramai. Artis baru semakin bertambah dan ini menunjukkan industri hiburan kita semakin berkembang di Malaysia.

2. Jamal Abdilah, Sudirman dan Anuar Zain adalah idola Rizu. Mereka mempunyai persembahan yang tersendiri yang menarik perhatian ramai.

3. Sebagai seorang anak seni matlamat Rizu ialah untuk kekal dalam industri muzik juga dapat memberi kepuasan di dalam persembahan. Rizu sangat mengharapkan setiap persembahan Rizu akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi setiap penonton dan mungkin berkesempatan untuk memperluaskan kerjaya seni Rizu di seluruh pelosok negara.


Thursday, April 22, 2010

Malam Puisi Riong, Shah Alam selangor

Kawan2 datang la beramai-ramai ok... boleh dengar rizu berpuisi nanti.. :)

Sunday, April 11, 2010

KENANGANKU SEPANJANG WORLDSTAR!!!!


antara barisan artis yg join... hehehhe
FAMILY RIZU PUN DATANG SOKONG TAU... SO SWEET.. THANKS ABAH MAK IJU(KAKAK) IZMAN(ABG)
MEMANG SATU PENGALAM YG TAKKAN KULUPAKAN DIAMANA BERSAING BERSAMA ARTIS DAN YG YANG BUKAN ARTIS( TP SUARA LEBIH BAIK DR PENYANYI HEHEH) KAMI DAH MACAM FAMILY DA.. HEHEHHE DIMANA DAPAT BERKENALAN NGAN RAMAI KAWAN YG MASUK MACAM MACAM KATEGORI, SEPERTI MODEL: ZUL, ARORA..
PENYANYI: IZ(OIAM) MMG GILER2 TP BEST SWEET... SHILA: HAHHA KELAKAR MACAM BIASA.. NABIL: COOL.... DEWI: CANTIK,TINGGI DAN BAIK PERAMAH.. FANZI: HAHAHA KELAKAR DIA... DAN YG LAIN PUN BAIK.. TAKDE SORANG PUN YG TAK BEST... TP GOOD LUCK PADA YG BERJAYA OK... BUAT YG TERBAIK TUK "MAS" MALAYSIA BOLEH!!!

Monday, April 5, 2010

Worldstar Championship esok separuh akhir!!!!

errrgh esok malam 8.30pm
SEMIFINAL WORLDSTARS ROAD TO HOLLYWOOD 2010 PROGRAM SEMIFINAL TEMPAT: KOMPLEKS KRAFTANGAN KUALA LUMPUR MALAYSIA JALAN CONLAY AMPHITHEATRE SERI UTAMA
takut siut.....dah la suara tgh serak nih@!!! hahhahaha yg penting doakan rizu ok... nanti final rizu nk semua datang sokong tau... saingan mmg sengit... hehhehe tunggu dan lihat keputusannya esok... dapat ke tak rizu bgtau ok!!!

Utk Kengkawan Semua..he he!!!!


nice to meet u all

Sunday, April 4, 2010

Rizu dah ada blog!!! yeah!!!!!

yeah!!! akhirnya rizu ada gak blog personal sendiri!!! hahaha apa yg rizu nk sekarang, kawan2 kena jadi followers rizu ok!! thanks